Shila Amzah Dapat 2 Pencalonan Untuk World Music Award (WMA 2012)

 

Shila Amzah Dapat 2 Pencalonan Untuk World Music Award (WMA 2012)

Shila Amzah Dapat 2 Pencalonan Untuk World Music Award (WMA 2012) : Kerjaya Shila Amzah nampaknya semakin meningkat naik dan berkembang maju sebaik sahaja beliau berjaya menjadi juara Asian Wave. Terbaru, Shila tercalon dalam dua anugerah di World Music Award di Amerika Syarikat.

Shila Amzah dicalonkan dalam dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012 pada anugerah WMA kali ini. Dalam kedua-dua kategori tersebut, Shila akan bersaing dengan nama-nama besar antarabangsa seperti Rihanna, Adele, Madonna, Alicia Key, Katy Perry, Kelly Clarkson dan Jesie J.

Shila Amzah juga bernasib baik apabila visanya yang dipohon dalam masa beberapa hari diluluskan oleh kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Menurut Shila, permohonan yang dibuat pada Isnin lalu itu tertangguh apabila pihak kedutaan berkenaan begitu teliti untuk mengetahui tujuan sebenar dia mahu ke negara itu.

“Risau dibuatnya apabila permohonan visa saya tertangguh. Mujurlah pihak kedutaan faham dengan keadaan saya yang tidak sempat membuat permohonan itu lebih awal.

“Sampaikan saya terfikir, entah dapat ke tidak saya menyertai anugerah itu.

“Apatah lagi saya dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Apa-apa pun saya akan ke sana pada malam Rabu nanti,” kata Shila yang akan ditemani ibunya, Fauziah Sarman dan bapanya iaitu penyanyi ND Lala.

WMA 2012 akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.– Info Artis @Forblogger.net