Waspada Taktik Pengarah Palsu Kaki Cabul

Waspada Taktik Pengarah Palsu Kaki Cabul

Waspada Taktik Pengarah Palsu Kaki Cabul  : Para individu yang ingin menjalani uji bakat sebagai pelakon dinasihatkan agar meminta kad keahlian daripada pihak berkenaan yang dikeluarkan oleh persatuan seni di negara ini bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Menurut Naib Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Abdul Rahim Awang, berkata, ia berikutan terdapat laporan ada individu yang mendakwa mereka pengarah filem tetapi bertindak mengambil kesempatan termasuk melakukan cabul sehingga menjejaskan nama baik persatuan itu.

“Saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang dan semua bakat baru terutamanya wanita hendaklah meminta kad ahli daripada mereka yang mendakwa sebagai pengarah filem atau drama untuk pengesahan supaya tidak berlaku ada pihak yang menyamar.

“Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi pejabat FDAM atau mana-mana persatuan seni lain yang diiktiraf sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Baru-baru ini sebuah akhbar berbahasa Cina telah melaporkan mengenai kes seorang wanita berusia 21 tahun telah dicabul individu yang mendakwa sebagai pengarah ketika menjalani uji bakat.

Dalam satu lagi kes berasingan, seorang lelaki yang menyamar pengarah palsu itu juga dikatakan sanggup mengadakan sesi uji bakat palsu yang diadakan bertujuan melakukan serangan seksual terhadap mangsanya.

Selain FDAM, sidang media yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Khamis turut dihadiri Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi dan Presiden, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Noor.

Menurut Abdul Rahim, kedua-dua lelaki yang menyamar pengarah filem palsu itu juga bukanlah ahli mana-mana persatuan seni di negara ini.- Info Artis @ forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Waspada Taktik Pengarah Palsu Kaki Cabul


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65