Asteroid mendekati bumi pada Februari 2013

 

Asteroid mendekati bumi pada Februari 2013 : Pada pertengahan Februari sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi.

Dikenali sebagai 2012DA14, Asteroid yang dianggarkan bersaiz kecil itu dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.

Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.

Asteroid 2012 DA14 akan mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969.

Bagi yang tertanya-tanya apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’.

Kebanyakan orang tidak akan melihat atau menyedari kehadiran asteroid tersebut kerana ianya tidak mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga  tidak menyebabkan gunung berapi.

Pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro ketika kehadiran asteroid itu.

Sekiranya asteroid  itu bersaiz 46 meter dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan bumi, tetapi kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di kawasan ia mendarat.

Pada tahun 1908 peristiwa itu pernah terjadi di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan asteroid telah meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah kawah dan melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ.

Mungkin sekiranya 2012 DA14 mendarat ke bumi kejadian sama dijangka berlaku maka ahli astrologi mengharapkan asteroid itu akan mendarat di laut dan bukannya di kawasan pembangunan kerana dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan haiwan yang lenyap ketika kejadian di Rusia.

2012DA14 ditemui oleh ahli astronomi di Observatorio Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui pada awal 2012. Ia menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai pergerakan bumi iaitu mengelilingi matahari.

Pastinya, Asteroid 2012 DA14 akan menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal mendapat perhatian orang ramai. – Earthsky.org

Apa itu asteroid?

Asteroid ialah planet minor atau planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet Neptunus. Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet mempunyai ‘ekor’ sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan batu. -Info Terkini @ forblogger.net