Bunga Cinta Lestari Main Kayu Tiga?




Penyanyi dan pelakon Indonesia terkenal, Bunga Cinta Lestari telah mendirikan rumah tangganya bersama aktor kacak dari Malaysia, Ashraf Sinclair sejak beberapa tahun yang lalu.

Kini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang comel sekali.

Walaupun sudah berkahwin, dia masih dilanda gosip bermain kayu tiga dengan lelaki lain.

Namun, sebagai suami, Ashraf tidak pernah melenting. Ini kerana cinta tiga segi itu hanya berlaku di dalam drama sinetron, Bayu Cinta Luna yang kini disiarkan di TV3.

Mengisahkan mengenai Luna yang berhadapan dengan cinta dua lelaki, Bayu dan Bimo, Bunga bergandingan bersama pelakon tampan, Chico Jericho.

Sepanjang penggambaran itu berlangsung, Bunga mengakui tidak menghadapi sebarang masalah ketika bekerja walaupun bergelar isteri orang.

“Alhamdulillah dia (Ashraf) kenal Chico dan tidak pernah cemburu jika saya berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki.

“Dia mempercayai saya dan sebagai isteri, saya tahu batas-batas pergaulan,” katanya.

Drama yang mengandungi 138 episod itu bersiaran pada Isnin hingga Jumaat, 5.30 petang mulai 13 September lalu di slot Mutiara Hati, TV9.
Mynewshub

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top