Gambar Fasha, makin berisi dan sarat mengandung

Gambar Fasha, makin berisi dan sarat mengandung

Kini, jalur populariti bukan lagi sesuatu yang mahu dikejarnya. Hakikat ini kerana selama hampir sedekad bergelar pelakon, sudah terbukti dia sudah mengecapi semua itu dan terus ada di hati masyarakat.

Penilaiannya jelas melalui pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada 2005, 2006, 2010 & 2011 serta Pelakon Filem Wanita Popular pada 2006  dan  2007, dengan jumlah kemenangan semuanya enam trofi.

Sekali lagi, anak seni yang bernama Nur Fasha Sandha, 29, kembali cemerlang tahun ini apabila berjaya membolosi senarai lima calon terbaik bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH12). Ia bakal berlangsung buat julung kalinya di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 April nanti.

Berbeza dengan keinginannya dulu yang melihat kemenangan sebagai satu bonus, persepsi wanita mesra dengan panggilan Fasha ini terhadap sesuatu kemenangan mulai berubah malah bersedia melepaskan gelaran popular itu andai tahun ini bukan lagi menjadi miliknya.

“Terus terang dan jujurnya daripada hati kecil, saya tidak jangka langsung akan tercalon dalam Top 5 ABPBH kali ini. Tambahan pula, dengan berbadan dua sekarang ini, saya lebih fokus kepada menguruskan keluarga baru saya.

“Kehadiran saya pada sidang media pencalonan awal tidak lama dulu, saya sifatkan sebagai tanda sokongan kepada Berita Harian selaku penganjur anugerah itu.

“Pada masa akan datang kalau tidak tercalon pun, saya akan tetap memberi sokongan kepada penganjuran acara ini. Bagi saya enam anugerah yang saya miliki menerusi ABPBH sudah cukup besar buat saya berpuas hati.

“Harus juga saya perkatakan bahawa saya amat terhutang budi dengan ABPBH. Ternyata ia ba­nyak membantu kerjaya artis tempatan dan disifatkan sebagai penganjuran anugerah berprstij di Malaysia.

“Mungkin ramai yang tidak mengetahui hal ini. Sebelum saya bergelar artis lagi, saya adalah salah seorang peminat anugerah ini. Saban tahun saya memang ternanti-nanti untuk menonton ABPBH di kaca TV.

“Dulu saya akan menunggu depan kaca TV dengan perasaan teruja untuk melihat Erra Fazira mengambil anugerah. Saya minat sangat dengan kak Erra, malah sampai sekarang masih mengagumi Erra. Berbalik pada pertanyaan tadi, andai nama saya tidak lagi dicalonkan dalam ABPBH sekalipun, saya akan tetap menjadi penonton setia anugerah itu,” katanya.

Gambar Fasha Sandha Seksi

Bakal bersaing dengan pelakon berpengalaman, Nabila Huda serta nama baru seperti Neelofa, Izara Aishah dan Siti Saleha, Fasha begitu berterima kasih kepada peminat setianya yang tidak jemu-jemu menghantar undian bagi memastikan dia terus mara.

“Ingin sekali saya berterima kasih kepada pembaca yang mengundi dan saya yakin mereka ini adalah peminat tegar yang begitu mempercayai akan bakat dan hasil kerja saya.

“Pencalonan saya sekali lagi dalam anugerah ini mungkin juga didorong ruang yang diberikan akhbar itu kepada saya sebagai pengendali kolum Cinta & Hati Hamba yang hampir enam bulan diterbitkan.

Ditanya mengenai kejelitaannya yang kekal menyerlah, Fasha ha­nya tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik. Dia akui pipinya semakin tembam dan kadangkala dia sendiri tertawa sendiri melihat keadaannya apabila melihat cermin.

“Inilah saat yang paling menyeronokkan dalam fasa hidup saya. Saya tidak sabar-sabar hendak menjadi ibu. Kalau ikutkan saya akan ‘due’ atau dijangka bersalin hujung Mac atau awal April ini. Kalau sempat saya dapatlah ke ABPBH2012 itu nanti.

“Lagipun ia kali ini dibuat di Stadium Putra Bukit Jalil dan saya tiada masalah ke sana kerana ia masih dalam kawasan ibu negara,” katanya lagi. – Info Artis @ Forblogger.net

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Gambar Fasha, makin berisi dan sarat mengandung


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65