‘Pecah dara’ pelacur

 

‘Pecah Dara’ Pelacur
KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di sini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang didakwa nereka masih dara.

Dengan bayaran dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan pelacur yang konon dara itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.

Sindiket tidak bermoral itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di bandar Kajang dengan menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun.

bagaimanapun aktiviti sindiket itu terbongkar hasil penyamaran rakan wartawan  selepas mendapat maklumat orang awam.

Seperti kebiasaan, aktiviti tidak brmoral sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran. – Info Terkini @ Forblogger.net