Lagu Hits Terbaru Taylor Swift Kena Troll





Penyanyi Taylor Swift yang terkenal suka menghasilkan lagu berdasarkan pengalaman putus cintanya kini menjadi perhatian umum disebabkan kecenderungannya itu.

Taylor dilaporkan setakat ini sudah berpasangan dengan 13 lelaki dalam tempoh masa hanya dua tahun.

Harry Styles, John Mayer dan Taylor Lautner merupakan di antara senarai bekas kekasih penyanyi muda itu.

Wah, hebat sungguh Taylor ya!

Terbaru, tersebar sebuah video yang seakan-akan memerli Taylor dalam lagu hits barunya yang berjudul ‘I Knew You Were Trouble’.

Video berdurasi 25 saat itu menyelitkan imej seekor kambing yang seolah-olah menyanyi dalam lagu tersebut.

Video itu mendapat sambutan yang hangat apabila telah ditonton sebanyak lebih daripada 6 juta penonton sejak ianya dimuat naik pada Jumaat lalu.

Seorang penonton sempat menulis komen mengenai video itu yang berbunyi, “ini adalah lebih baik daripada Gangnam Style dan Harlem Shake! Terbaik”!

Hmmm, macam-macam hal. Artis pun kena troll sekarang ni..



-mynewshub


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top