Nabila Huda luah perasaan di Twitter

Sejak dulu lagi nama Nabila Huda memang sentiasa dilanda kontroversi. Pemakaiannya yang seksi dan gaya hidup yang agak sosial sering menjadi perbualan ramai. Mungkin tertekan dengan tohmahan, cacian dan kutukan yang diterima selama ini, Nabila Huda meluahkan perasaannya di Twitter.

Daripada kata-kata yang diluahkan, nampaknya Nabila kecewa apabila segala perbuatannya sering dipertikaikan oleh orang ramai. Untuk pengetahuan, baru-baru ini Nabila Huda telah pergi “diving” dan berkongsi gambar melakukan aktiviti tersebut. Banyak peminat yang telah menasihatinya kerana berkongsi gambar berbikini ketika menyelam.

Apabila ditegur oleh salah seorang pengikut Twitternya dengan ayat “kerana anda seorang Islam” Nabila menjawap perkara tersebut terjadi bukan kerana agamanya tetapi kerana statusnya sebagai seorang selebriti.

Nabila kemudiannya menyatakan yang dia tak peduli dengan kata-kata orang sekelilingnya. Apa yang penting, kegembiraan adalah miliknya.

-Info Artis @ forblogger.net

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Nabila Huda luah perasaan di Twitter


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65