Putus Cinta Bukan Sebab Orang Ketiga!





Hubungan cinta selama lima tahun di antara pasangan pelakon Puteri Sarah Liyana, 28, dan Ammar Alfian, 26, akhirnya sudah sampai ke penghujungnya.

Hal tersebut telah diakui oleh Ammar sebelum ini yang turut menyatakan bahawa Puteri Sarah sudah bertemu kekasih hatinya yang baru.

Pantas menangkis tuduhan itu, Puteri Sarah menjelaskan kepada Sinar Harian Online, “kenapa dia cuba berkata begitu sedangkan saya tiada kekasih baru. Kenapa dia cuba untuk melibatkan orang lain dalam perpisahan ini?

“Ingin sekali saya tegaskan, ia bukan berpunca daripada orang ketiga dan saya sendiri tiada masa untuk fikir nak cari pengganti,” katanya.

Puteri Sarah turut menyatakan bahawa kini dirinya mahu fokus kepada kerjayanya dan menganggap kini sudah bukan masanya untuk bertukar-tukar pasangan.

Pelakon manis itu menyatakan tiada keserasian di antara mereka menjadi penyebab putusnya hubungan mereka dan tiada kena-mengena dengan sikap panas baran bekas kekasihnya itu.

-mynewshub

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top