Saya nak tengok permainan dia, kata suami Azlyn

Semalam wartawan dari Harian Metro telah menghubungi lelaki yang mengaku sebagai suami Azlyn Massiela dan dia sekali lagi menegaskan Azlyn ialah isterinya.

“Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia”.

Menurut lelaki itu, dia membaca tentang berita pertunangan Azlyn dan Fizz di sebuah blog, dan kemudiannya cuba menghubungi Fizz.

Lelaki itu turut menambah yang dia mempunyai bukti yang kukuh berkenaan perkahwinannya dengan wanita itu, namun enggan menunjukkannya kerana enggan memanjangkan kontroversi. Namun begitu, dia menyatakan dia telah memberi sesalinan sijil nikah itu kepada Fizz Fairuz.

Walau bagaimanapun, lelaki itu menukar kenyataannya yang mengatakan isteri pertamanya tidak tahu tentang isteri keduanya. Katanya kini, isteri pertamanya dan Azlyn mempunyai hubungan yang baik, dan dia juga pernah membawa mereka bercuti bersama di London.

Dia juga kini mendakwa keluarga Azlyn tahu tentang pernikahan tersebut pada asalnya, namun kini masih menafikannya.

Minta diberi tempoh seminggu

Dalam laporan ekslusif Berita Harian, lelaki itu meminta diberi tempoh seminggu untuk mengemukakan sijil nikahnya untuk membuktikan dakwaannya. Ini kerana dia mahu mendapatkan khidmat perundangan serta mahu peguam meneliti sijil nikahnya dengan bekas tunang Fizz.

Lelaki itu yang enggan didedahkan identitinya, mendakwa dia bernikah dengan Azlyn pada 9 Mac tahun lalu, dan tidak ditemani sesiapa di selatan Thailand, selepas mengenali Azlyn selama lima tahun, namun hanya menjalani hidup sebagai suami isteri selama tiga bulan.

“Selain surat nikah, saya menyimpan resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan yang didepositkan ke akaun Azlyn bagi bukti menyokong status perkahwinan saya.

“Saya tidak mahu bersekongkol dan membiarkan isteri yang saya nikahi secara sah terjebak dengan hubungan dengan lelaki lain sedangkan kami masih suami isteri.”

Tambahnya juga, dia tidak gentar dengan status perkahwinannya, kerana dia ada banyak bukti.

Sementara itu, dalam satu laporan lain pula, Almy Nadia terkejut dan hairan kenapa namanya dikaitkan secara tiba-tiba oleh Azlyn.Bercakap kepada Berita Harian, Azlyn berkata Almy Nadia pernah memakai baju sejuk yang dibeli oleh Fizz Fairuz buatnya ketika sama-sama menjaya sebuah program di Korea.

“Saya tidak tahu motif Azlyn dengan memetik nama saya pula dalam permasalahan mereka sedangkan sejak awal lagi, saya terkejut apabila mengetahui Fizz sudah bertunang walaupun hubungan kami masih tergantung tanpa jawapan. Tapi, saya optimis dan sentiasa positif menganggap semua dugaan Allah”

“Kini apabila mereka berdepan kontroversi, saya pula dibabitkan sama. Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaannya mengenai saya dan Fizz masih bertemu ketika mereka sudah pun serius. Semua itu terlalu peribadi dan langsung tidak sepatutnya membabitkan saya. Memang tidak masuk akal dan saya tidak mahu komen panjang,”kata Almy Nadia

-Info Artis @ forblogger.net

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Saya nak tengok permainan dia, kata suami Azlyn


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65