Yasmin Hani Bosan Ditanya Soal Anak





Pelakon dan pengacara berdarah kacukan, Yasmin Hani Richardson, 34, mengakui dia berasa sedikit bosan apabila sering ditanyakan soal cahaya mata.

Menerusi laporan Astro Awani, Hani menyatakan, “ramai orang tanya saya bila nak dapat anak, sekiranya boleh beli di kedai pasti sudah saya dapatkannya, namun ini adalah kurniaan Tuhan, jadi saya harus sabar dan redha”.

Yasmin Hani berkahwin dengan bekas suami kepada Ida Nerina iaitu Shahrin Razali pada 21 Oktober 2011.

Sementara itu, Yasmin kini semakin selesa membuat kerja-kerja di belakang tabir dan bercadang untuk menerokai bidang pengarahan filem pula di masa akan datang berikutan kekurangan tawaran menjadi pengacara disebabkan oleh faktor usia.

-mynewshub

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top