Ganjaran Duit RM50,000 Untuk Kepala Sultan Sulu



KUALA LUMPUR: Seorang blogger Malaysia telah menawarkan ganjaran sebanyak RM50,000 untuk kepala orang yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, berikutan pembunuhan lapan anggota polis di Sabah oleh pengikut-pengikutnya sejak Jumaat.


Blogger SATD berkata beliau akan membelanjakan wang sendiri dan dan memberi kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tugas tersebut


"Sebagai warganegara Malaysia, saya ingin mengambil membantu masalah ini bersama selepas seorang warganegara negara lain menghantar 'askar mereke' ke dalam wilayah kuasa kami dan melancarkan keganasan di tanah kami," tulisnya dalam blog beliau


Blogger berkata serangan di Lahad Datu tidak harus digambarkan sebagai tindakan perang oleh negara lain tetapi perbuatan keganasan oleh "sekumpulan orang bodoh, yang diketuai oleh orang bodoh di bawah perintah si bodoh yang lain".


"Jika Filipina tidak mengekstradisi Kiram untuk menghadapi hukuman yang perlu di bawah undang-undang kita, maka sekarang saya akan membayar sesiapa sahaya yang berjaya memenggal kepalanya," katanya.


"Saya akan mulakan dengan RM50,000 wang saya sendiri. Saya betul betul serius, "katanya.


SATD juga menggesa pembaca untuk menyebarkan tawarannya dan mendapatkan lebih banyak dana untuk ganjaran.


Sementara itu, SATD juga membidas naib presiden PKR Tian Chua untuk komen beliau baru-baru ini di Lahad Datu tentang pencerobohan itu dan menawarkan RM5,000 untuk sesiapa yang bersedia untuk menampar MP tersebut.


"Untuk menuntut ... anda harus menghantar video anda melakukannya," katanya.


Sementara itu, Rocky Bru berkata sentimen SATD adalah satu gambaran bagaimana perasaan rakyat Malaysia tentang pencerobohan tersebut.


"Rakyat Malaysia tidak perlu membahayakan nyawa mereka cuba untuk menundukkan Kiram. Sebaliknya, mari kita bersama meminta Wisma Putra untuk menuntut Manila untuk menangkap Kiram untuk dijatuhkan hukuman dia atas jenayahnya menceroboh malaysia."

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

1 comments:

Anonymous said...

terbaekkkkkkkkkkkkkk thumbs up !!

Scroll to top