Kedai Pakaian Dalam Upah Pekerja Lelaki Diarah Tutup





Arab Saudi – 18 kedai menjual pakaian dalam wanita di Riyadh telah diarahkan ditutup selepas ia melanggar peraturan melarang lelaki bekerja sebagai jurujual.

Pihak berkuasa telah diberikan kebenaran untuk mengeluarkan notis penutupan berkenaan sekiranya pemilik kedai gagal menepati undang-undang yang ditetapkan.

“Kami menutup semua kedai menjual pakaian dalam bagi menunjukkan bahawa kerajaan amat serius dalam menetapkan peraturan ini,” kata jurucakap Kementerian Buruh Arab Saudi.

Menurut jurucakap berkenaan, langkah penutupan itu dijalankan secara berperingkat.

Ia dimulakan dengan memberikan kesedaran kepada pemilik kedai supaya mengupah pekerja wanita.

“Selepas itu kami mengenakan denda, mengeluarkan notis penutupan sebelum menutup kedai berkenaan,” katanya.

Arab Saudi memperkenalkan peraturan berkenaan tahun lepas.

Berdasarkan undang-undang, semua kedai pakaian dalam perlu mengupah pekerja wanita sahaja sebagai penjual.

Selain itu, lelaki juga dilarang memasuki kedai pakaian dalam manakala pekerja wanita perlu memakai hijab serta pakaian yang menutup aurat.

-mynewshub

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top