Kim Kardashian Dinasihat Kurangkan Senaman





New York – Bintang realiti yang penuh kontroversi, Kim Kardashian dikejarkan ke hospital, susulan kebimbangan dia mengalami keguguran.

Selebriti berusia 32 tahun itu yang kini mengandung anak pertama bersama kekasihnya, Kanye West, dilaporkan mengalami kesakitan sebaik tiba dari Los Angeles dari Paris.

“Kim mula mengadu sakit ketika dalam penerbangan dan sejurus kapal terbang mendarat, dia terus menghubungi rakan-rakannya,’’ kata satu sumber kepada New York Post.

Kim dilaporkan menangis ketika tiba di hospital kerana menyangka dia keguguran.

Namun dia dibenarkan keluar hospital sekitar pukul 12.30 pagi Rabu selepas doktor mengesahkan Kim dan bayinya selamat.

Bagaimanapun doktor menasihati Kim supaya mengurangkan senaman yang dilakukan ketika ini.

Kim dilaporkan menjalani rejim senaman yang keras selama tujuh hari seminggu bagi memastikan pertambahan berat badannya ketika mengandung dapat dikawal.

“Kim tidak menghiraukan yang dia sedang mengandung dan berlatih selama tujuh hari seminggu di bawah dua jurulatih,’’ kata sumber berkenaan.

Kim terpaksa menerima hakikat berat badannya bertambah, malah dia pernah memberitahu sebuah majalah bahawa dia menerima keadaan itu.

“Namun dia sedih kerana pakaiannya tidak lagi muat dengannya,’’ kata sumber tersebut.

-mynewshub

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top