Lembu Beri Amaran Hujan – Saintis





Washington – Tanggapan bahawa lembu akan duduk apabila hari hampir hujan dan berdiri lebih lama bila keadaan panas, membuktikan ada kaitan rapat antara tindak tanduk haiwan itu dan cuaca, menurut kajian terbaru saintis.

Kajian itu memberi kredibiliti kepada cerita rakyat Britain yang mengisahkan ‘sekawan haiwan’ yang berbaring adalah petanda hujan akan turun.

Kaji suhu lembu

Saintis haiwan secara khusus mengkaji suhu badan ternakan lembu di barat Amerika Syarikat kerana apabila lembu terlalu panas, ia menjejaskan pengeluaran susu.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Arizona dan Northwest Missouri, mendapati lembu berdiri lebih lama dalam keadaan panas kerana ia membantu menurunkan suhu badan.

Dengan mendedahkan lebih banyak anggota badan, ia membolehkan haba tubuh haiwan itu terlerai di udara. Apabila lembu terlalu panas, ia lebih banyak membuang air kecil, kurang makan dan kurang mengeluarkan susu.

Elak banyak duduk

Lembu duduk apabila mahu memelihara haba dan tenaga dan penternak terutama dalam cuaca panas perlu cuba menggalakkan ternakan mereka lebih banyak duduk.

Namun itu juga mungkin menjelaskan mengapa cerita lama itu benar iaitu lembu duduk apabila hujan akan turun dalam cuaca sederhana.

Seperti diketahui peminat cuaca, hujan selalunya didahului oleh tekanan rendah yang mudah dikesan dan juga petanda keadaan akan menjadi lebih sejuk. – Agensi

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top