Mainan Budak Bertanda Salib





TELUK INTAN – Seorang bapa terkejut apabila anaknya berusia 5 tahun membeli satu kotak gula-gula dan pelekat yang mengandungi tanda salib dari sebuah kedai runcit di Taman Kerentina, Batak Rabbit, petang kelmarin.

Bapa, Noor Azmi Baharuddin, 37, berkata, ketika itu, dia yang baru pulang dari tempat kerjaterkejut anaknya memegang sekeping pelekat cacah tertera gambar salib bersama tengkorak.

Menurutnya, mulanya dia menyangka pelekat itu hanya gambar tengkorak namun apabila di teliti terdapat salib yang dililit ular.

“Bukan sahaja gambar berkenaan menakutkan malah tentangan dengan agama Islam.

“Tindakan syarikat yang membuat permainan itu didapati tidak peka dengan sensitiviti orang Melayu khususnya beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Noor Azmi, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan pihak syarikat berkenaan meletakkan gambar salib adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mahu pihak pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) segera mengambil langkah bagi memastikan barangan seumpama itu tidak dijual secara rambang kerana bertentangan dengan akidah,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Asrizal Buyung, 60, mahu pihak Jabatan Agama Islam Kedah segera membuat pemantauan ke atas syarikat yang beroperasi di Alor Setar itu supaya perkara berkenaan dapat dikawal daripada berleluasa.

Katanya, kanak-kanak tidak tahu apa-apa dan jika perkara berkenaan tidak dibendung akan memberi impak yang besar kepada umat Islam. – SinarHarian

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top