Natasha Hudson Jangka Lahir Anak Ke-2 April Ini





KUALA LUMPUR – Jika tiada aral melintang, aktres dan model yang sudah berhijrah iaitu Natasha Liana Hudson, 30, bakal melahirkan anak keduanya bersama Carleed Khaza, 34, pada April ini.

Namun, dalam pada itu, Natasha memberitahu dia kini memberikan tumpuan serta kasih sayang sepenuhnya kepada anak sulung mereka yang berusia empat tahun, Neesa Helena.

Ini kerana dia bimbang jika anaknya itu terasa diabaikan apabila adiknya lahir nanti.

Lebih-lebih lagi kerana anak kecil itu pernah meluahkan yang dia tidak mahu berkongsi kasih sayang ibunya dengan orang lain.

“Dia (Neesa) teruja. Hari-hari dia tanya bila baby nak keluar. Tapi walaupun dia masih kecil, dia pernah cakap pada saya yang dia tak nak kongsi kasih. Jadi saya memang memberi tumpuan penuh terhadapnya. Saya nak jaga hati dia.

“Saya tak mahu dia terasa diabaikan. Selama ni seorang saja anak sekarang dah nak msuk dua anak. Saya juga sedang belajar untuk bahagikan kasih sayang,” kata Natasha Hudson yang dipetik dari Malaysiandigest, di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai kerjayanya pula, Natasha memaklumkan kini dia sibuk dengan syarikatnya, DreamCloud.

“Dalam masa yang sama saya juga bantu suami uruskan syarikatnya.

“Selain sibuk dengan program di Sepetang Santai Bersama Cikgu Sidik di TV Al-hijrah,” jelas Natasha.

-mynewshub

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top