Sekolah Rampas 68 Sampel Air Mani





New York – Sebuah sekolah seni merampas 68 bekas berisi air mani seorang penuntutnya sebelum ia sempat dijadikan bahan pameran.

Menurut sumber, bahan itu ditemui dalam sebuah peti sejuk dan tindakan diambil kerana ia dianggap membawa risiko kesihatan serta keselamatan.

Pameran Take This Sperm And Be Free of Me itu membabitkan 68 bekas mengandungi air mani Marc Bradley Johnson dan ia ditawarkan kepada pengunjung untuk dibawa pulang.

Ia diadakan di Galeri Seni Visual Manhattan. Menurut Johnson, 23, bekas itu mewakili ‘penciptaan, keibubapaan, keinginan, kejantanan, fantasi serta realiti’, tetapi pihak sekolah berpendapat air mani berkenaan tidak lebih daripada sekadar ‘bahan buangan biologi berbahaya.’ Kata Johnson, dia mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mempamerkan ‘hasil seni’ berkenaan. -DM

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top