Wawa Zainal Belum Sedia Memikul Watak Jahat





KUALA LUMPUR – Enggan bersandarkan kepada paras rupa semata-mata, pelakon, Wawa Zainal, 22, optimis mahu mengembangkan bakatnya ke dalam persada seni dengan mencuba pelbagai watak.

Namun, menerusi Sinar Harian, akui anak kelahiran Sabah ini, dia belum bersedia untuk memikul watak antagonis.

Mengakui penampilan dan imejnya yang tidak bersesuaian dengan watak sebegitu, Wawa pernah menolak beberapa tawaran dari pihak produksi.

“Bukan Wawa tak mahu cabar diri dengan watak yang begitu, namun ia tidak bersesuaian dengan peribadi Wawa sendiri. Wawa pernah cuba, tapi tak menjadi.

“Suara Wawa pun halus dan lembut. Memang tak sesuai langsung. Kalau watak psiko atau gedik manja, mungkin boleh,” katanya.

Ditanya mengenai kehidupan peribadi pula, Wawa mengakui dia tidak terikat dengan mana-mana lelaki dan dia sebenarnya lebih suka berkawan.

“Saya ada berkawan dengan beberapa lelaki. Namun, mereka hanyalah kawan saya. Setakat ini, saya masih belum terfikir untuk ke arah hubungan lebih serius.

“Namun, jika ada jodoh, saya tidak boleh menidakkannya. Semuanya ketentuan ALLAH SWT,” jelasnya.

Tambah Wawa, jika mengikut perancangan dia mahu menamatkan zaman bujang pada usia 26 tahun nanti.

Jadi buat masa ini dia ada masa empat tahun lagi untuk memberi fokus pada bidang kerjaya.

-mynewshub

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top