ALBUM BARU: Revolusi Muzik Ella Dalam ‘Ella 1′

 

ALBUM BARU: Revolusi Muzik Ella Dalam 'Ella 1'

ALBUM: Ella 1

ARTIS: Ella

EDARAN: Warner Music Malaysia

RATU rock negara, Ella, sekali lagi muncul dengan album kompilasi terbaru berjudul Ella 1.

Ia menampilkan revolusi muzik oleh pemilik nama Nor Zila binti Haji Aminuddin dalam kebangkitan muzik rock pada sekitar tahun 1985 yang pada mulanya diragui dan dipandang enteng.

Memuatkan sebanyak 47 buah lagu, album kompilasi yang memuatkan tiga keping cakera padat (CD) itu membangkitkan memori zaman penyanyi itu yang dipersoalkan kredibilitinya(Ella) sebagai seorang penyanyi rock wanita pada waktu itu.

Ia boleh diklasifikasikan sebagai kompilasi yang menghimpunkan segala perjalanan seni penyanyi yang berusia 47 tahun itu.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Menyanyilah La La. Dua Insan Bercinta, Layar Impian, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Jiwa Setia, Kabus dan Sirna, Dua Sejoli, Retak, Bayangkan (menampilkan Slash), Retak, Gemilang, Simbiosis, Jalan Ke Sisimu dan Ala Amerika.

Bukan hanya diisi dengan lagu-lagu lama, malahan Ella turut memuatkan dua buah lagu baru berjudul Mereka Yang Di Depan Kita dan Permaisuri (menampilkan komposer Ajai).

Kehadiran kompilasi album ini pastinya akan membuat peminat-peminat baru dan bagi peminat lama terhibur. Ianya boleh menyegarkan semula memori terhadap bekas vokalis kumpulan The Boys ini. -Info Artis@forblogger.net