Dipujuk Rakam ‘Adegan Seks Sendiri’

 

Dipujuk Rakam 'Adegan Seks Sendiri'

Selepas memberikan lakonan yang mantap dengan Jason Segel dalam filem Bad Teacher, Cameron Diaz dengarnya sekali lagi bakal digandingkan dengan aktor itu dalam filem baru, Sex Tape. Ketika ini kedua-dua bintang itu sedang dipujuk oleh pengarah filem tersebut Jake Kasdan.

Filem tulisan Kate Angelo ini bakal akan menyaksikan lakonan Diaz dan Segal sebagai pasangan suami isteri yang menikmati malam tanpa anak-anak mereka dan memutuskan untuk mengabadikan ikatan cinta mereka dengan merakam adegan seks mereka sendiri. Namun, rakaman itu hilang pada keesokan harinya, dan memaksa pasangan tersebut untuk mencari pencuri rakaman video itu.

Sebelum pihak penerbit, Sony Pictures memilih Diaz, pelakon Reese Witherspoon pernah menjadi calon yang paling berpotensi untuk mendapatkan watak tersebut. Namun keputusan itu terpaksa diubah.

Malah sebelum Kasdan dipersetujui untuk menvisualkan filem ini Sony Pictures pernah mendekati sutradara “Forgetting Sarah Marshall” Nicholas Stoller. Tetapi kemudian pilihan tetap jatuh kepada Kasdan.

Apapun, belum ada persetujuan rasmi daripada semua pihak. Tambahan pula, Diaz kini sibuk menjalani penggambaran filem arahan Ridley Scott, filem berjudul The Counselor bergandingan Michael Fassbender dan Brad Pitt. Dia juga bakal membintangi komedi, The Other Woman bersama Leslie Mann dan model Kate Upton. -Info Artis@forblogger.net

 

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.