Natasha Hudson Selamat Bersalin


 



Model dan pelakon, Natasha Hudson telah pun selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 5.45 petang kelmarin. Berita gembira ini dikongsi oleh Natasha melalui akaun Instagramnya. Jelas Natasha dia telah selamat bersalin dengan cara normal.

Buat masa ini Natasha dan suami, Carleed Khaza masih belum mengumumkan nama bayi mereka. Mungkin mereka juga menunggu masa tujuh hari untuk berbuat demikian.

Natasha Hudson dan Carleed melangsungkan pernikahan pada April 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Selain bayi ini, Natasha mempunyai seorang lagi anak perempuan, Nessa Helena, 5, hasil perkahwinannya terdahulu.-gua.com.my-


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top