Pertandingan Menjerit Sekuat Hati


 

Itulah yang akan anda dapati jika datang ke Stanley & Stella Shouting Contest di New Orleans Literary Festival. Unik, kerana setiap peserta diharuskan untuk menjerit sekuat-kuatnya mungkin. Peserta dibenarkan menarik rambut, bahkan mengoyak baju mereka untuk menambah kesan dramatik teriakan.

Pertandingan ini dipersembahkan untuk menghormati si penulisan drama "A Streetcar Named Desire." Dalam drama tersebut terdapat adegan ketika Stanley,pelakon utama lelaki menjerit memanggil nama isterinya, Stella. Drama ini telah dijadikan parodi, mulai dari "Modern Family" hingga "Seinfeld."

"Semua orang kelihatan sangat gila. Kamu akan terkejut dengan banyaknya versi 'Stella' di pertandingan ini. Sungguh membuatku tertawa," ungkap Peggy Scott Laborde, salah satu anggota penganjur festival yang ikut menghasilkan idea pertandingan ini, seperti dilansir oleh NBC News (25 /4/13).


Pertandingan Stanley & Stella pertama kali dilakukan pada tahun 1997. Kebanyakan peserta adalah lelaki, namun pertandingan ini mula menarik minat wanita pada tahun 2011. Seorang wanita juga berjaya memenangi pertandingan tahun lalu.

"Aku kebetulan ada di festival dan ketika mengetahui pertandingan tersebut, kawanku mengatakan bahawa suaraku sangat keras, aku pasti boleh memenangkannya," ungkap Nicole Martin, pemenang pertandingan Stanley & Stella tahun 2012.


Wanita asli New Orleans ini berjaya memenangi pertandingan dengan gaya dramatik menarik sapu tangan dari branya dan mengesat muka, seolah-olah menangis. Pemenang pertandingan ini mendapat banyak hadiah yang unik, mulai dari trofi, bir Stella Artois, tiket bermain bowling, dan banyak lagi.

Tonton videonya di YouTube.

[Sumber]


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

Scroll to top