Siti Nurhaliza Dedah Tempat Mengundi


Selepas penamaan calon, pastinya kini ramai yang sibuk berkempen sana-sini. Ternyata, artis dan selebriti juga tidak ketinggalan untuk menyeru semua peminatnya mengundi parti pilihan masing-masing.

Maklumlah, selebriti ni boleh dikira sebagai milik masyarakat dan ramai pula pengikut dan peminatnya sana-sini. Pengaruh artis sangat besar sehinggakan parti yang bertanding menggunakan artis untuk berkempen dan tidak kurang ada artis yang bertanding dalam pilihanraya kali ini.

 

Dato’ Siti Nurhaliza bakal mengundi di Cheras, Kuala Lumpur pada 5 Mei ini.

Termasuklah penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza yang mengharapkan agar kerajaan yang bakal diputuskan selepas pilihan raya umum ke13 (PRU13) tidak lama lagi, adalah kerajaan yang terbaik.

Lebih-lebih lagi meletakkan dirinya sebagai artis, Siti berkata dia mengharapkan semua insan seni tanah air termasuk dirinya sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka juga seharusnya diambil kira oleh pihak kepimpinan tertinggi.

Siti+Nurhaliza Siti Nurhaliza Dedah Tempat Mengundi

“Saya sebagai rakyat malaysia semestinya mahukan yang terbaik.

Apatahlagi sebagai artis, kami juga antara masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Jadi, kami juga berhak bersuara dan memberikan pandangan.

“Apa yang penting, keamanan serta semua rakyat berhak mendapat dapat kebaikan dalam setiap sudut. Bukan sekadar kehidupan tetapi keistimewaan yang diberikan biarlah sama rata tak kiralah rakyat itu statusnya tinggi ataupun rendah dan perlu juga bergantung kepada keupayaan masing-masing.”

Dalam pada itu juga, Siti memberitahu beliau akan mengundi di Cheras, Kuala Lumpur.

Kepada anda jangan lupa keluar mengundi pada 5 Mei ini ya-Budiey.com

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top