Bobo Ikat Kontrak Dengan MIG

Bobo Ikat Kontrak Dengan MIG

Selepas video parodi ‘Sayang’ nyanyian asal penyanyi Indonesia, Shae menjadi satu fenomena, Bobo bakal keluar dengan dua video parodi baru iaitu lagu ‘Kisah Hati’ nyanyian Alyah dan lagu ‘Gentleman’ nyanyian Psy. Pemilik nama sebenar Mohamad Farezzul Mohamad Kasim ini pernah menggegarkan Malaysia apabila video parodi lagu ‘Sayang’ menjadi popular di laman Facebook dan YouTube. Video berdurasi 3 minit itu mendapat perhatian ramai sehinggakan Johan pernah meniru kembali aksi dan gaya Bobo ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 lalu.

Mungkin dek kerana popularitnya tersebut, Bobo kini sedang mengorak langkah untuk bergelar artis apabila dia kini secara sah mengikat kontrak menjadi artis naungan MIG selama lima tahun. Tetapi kontrak itu akan diperbaharui setiap tahun.

“Setakat ini belum ada lagi projek yang dijalankan bersama pihak MIG kerana saya baru sahaja mengikat kontrak tersebut. Tapi insya-Allah selepas ini akan ada projek-projek yang saya jalankan bersama MIG untuk lakonan filem ataupun drama,” jelas pemuda berusia 20 tahun ini kepada pemberita.

“Sebelum ini, saya bekerja di sebuah hotel di Melaka sebagai seorang pelayan tapi saya sudah berhenti sebelum mengikat kontrak dengan MIG lagi. Saya juga bakal mengeluarkan video ucapan sempena Hari Ibu yang akan jatuh pada 12 Mei ini,” ujar Bobo lagi.

Pelakon yang pernah tampil dengan video ‘Teman Pengganti’ dan ‘Diamond’, Bobo menjelaskan dia sudah bersedia untuk masuk dalam industri hiburan dan ingin serius dalam bidang ini. Jika sebelum ini dia hanya membuat video parodi atas tujuan suka-suka dan untuk diberikan kepada kawan-kawannya yang lain, kini dia melihatkan bidang ini sebagai satu kerjaya.

“Saya tak pernah terfikir pun video yang saya buat menjadi sebuah fenomena. Tetapi apabila saya dapat tawaran sebegini, saya ambil peluang yang ada. Saya akan mula serius dalam industri ini untuk menghiburkan orang ramai,” jelas pemuda yang masih menetap di Melaka ini dan akan ke Kuala Lumpur jika ada undangan berkenaan kerjaya seninya. -Info Artis@forblogger.net

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Bobo Ikat Kontrak Dengan MIG


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65