Kejam: Mayat Kanak-Kanak 12 Tahun DIBUNUH, DIROGOL Ditemui Di Tempat Parking Kereta

Kejam: Mayat Kanak-Kanak 12 Tahun DIBUNUH, DIROGOL Ditemui Di Tempat Parking  Read more: http://www.nescafeais.com/kejam-mayat-kanak-kanak-12-tahun-dibunuh-dirogol-ditemui-di-tempat-parking/#ixzz2Ssd4iVvkKLANG – Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mangsa kes bunuh ditemui tempat letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini malam tadi.

Mayatr Nur Amyliana Shuhada Mohd Noo, ditemui terbaring di bahagian tepi tempat letak kereta itu oleh seorang gadis yang kebetulan lalu di situ pada pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Md Yusop berkata gadis berusia 19 tahun itu kemudian memberitahu orang awam di situ untuk melaporkan penemuan budak berusia 12tahun  itu kepada polis.

Mayat budak berusia 12tahun itu  dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat, ketika dihubungi.

Mohamad berkata pemeriksaan awal pihak hospital mendapati Nur Amyliana Shuhada meninggal dunia kurang dari tempoh 24 jam dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya, kecuali kesan pendarahan di bahagian kemaluan mangsa.ujar mohamad kepada pemberita.

“Mangsa ditemui mati kira-kira 200 meter dari kawasan rumahnya. Berikutan itu polis menahan dua lelaki yang berasal dari Sabah, yang kita syaki ada kaitan dengan kematian mangsa, untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita.

Suspek yang berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di sekitar lokasi kejadian sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kes itu dan direman tujuh hari mulai hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya kepada pemberita.

Disampaing itu , ibu kepada Nur Amyliana Shuhada Mohd Noo ,  aitu Acha Kusain, 31, berkata beliau terperanjat bila diberitahu bahawa anaknya ditemui mati dalam keadaan yang amat memilukan itu.

“Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lepas kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HTAR.

Acha berkata Amyliana yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik yang sangat peramah dan paling rapat dengan ibunya.

“Sebelum kejadian dia bermain di sekitar kawasan rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan saya ingat dia akan pulang sebelum malam, tapi tak sangka saya bertemunya ketika dia telah tiada,” katanya kepada pemberita dengan sebak. – Info Terkini@forblogger.net

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

2 thoughts on “Kejam: Mayat Kanak-Kanak 12 Tahun DIBUNUH, DIROGOL Ditemui Di Tempat Parking Kereta


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65