Saiful Bukhari Azlan Nikah Wartawan TV3 ( 3 Gambar)


 

PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman.

Mengesahkan berita berkenaan, Nik Suryani berkata majlis pernikahan beliau dan Mohd Saiful akan diadakan pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Mohd Saiful Bukhari, 28, dan Nik Suryani, 33, telahpun bertunang pada 20 Oktober tahun lalu.
"Kami sudahpun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.


Saiful Bukhari Azlan, Nik Suriani Megat Deraman

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut tahun lalu.



Nik Suriani dalam persalinan pertunangannya pada 20 Oktober lalu. - Foto ihsan Nik Suriani
Namun begitu kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan berhubung keputusan kes itu.

Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar itu.

* Sumber


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

3 comments:

Anonymous said...

Lepas main jgn x mandi lak Sepol!!!

Anonymous said...

sian perempuan tu...nak gak perempuan ngan dia ya....

Anonymous said...

Siapa kau nak pertikaikan ketentuan Allah??

Scroll to top