Gambar Siti Nurhaliza Dan Datuk K Bercuti Di Bali


 



Penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan telah terbang ke

destinasi romantik Bali, Indonesia untuk bercuti bersama suaminya tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Siti juga sempat berkongsi gambar-gambar menariknya sepanjang di sana melalui akaun Instagramnya.

Selepas sibuk dengan rutin hariannya sebagai pemilik syarikat produk wangian dan penjagaan wajah, rasanya memang Datuk Siti perlukan masa yang rehat yang panjang untuk diluangkan bersama-sama suaminya itu.

Walaupun usia perkahwinan pasangan ini hampir mencecah tujuh tahun, namun kedua-duanya masih kekal romantis dan bahagia bersama.

Baguslah begitu. Semoga rumahtangga pasangan popular ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.







Sumber


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top