Qi Razali Adalah Cinta Pertama Saya - Nelydia Senrose



Dalam temubual terbaru bersama majalah Media Hiburan, Nelydia Senrose tampil lebih terbuka dengan kisah cintanya bersama Qi Razali dan mengakui yang jejaka itu merupakan cinta pertama beliau selain mereka kini memang serius dalam hubungan.

“Bila bercinta, ia bukannya satu masalah buat saya kerana ia adalah perkara normal bagi setiap manusia. Saya baru terlepas habis dari zaman persekolahan, jadi boleh dikatakan Qi adalah kekasih pertama saya selepas itu,” ujar Nelydia Senrose.

“Walaupun saya masih muda, tapi dalam bab kehidupan saya cukup matang dan bila bercakap soal hubungan kami. saya perlu serius. Selagi boleh buat yang terbaik, itu yang saya lakukan. Saya bercinta bukan sekadar mahu mencuba nasib, tapi mengharapkan yang terbaik daripadanya”

Nelydia Senrose turut mengakui yang Qi Razali sudah berjumpa dan saling berkenalan dengan ibu bapanya nemun masih belum ada sebarang perbincangan serius atau meletakkan sasaran untuk bertunang mahu pun perkahwinan.

Apa lagi Nelydia Senrose cerita tentang hubungannya dengan Qi Razali? Dapatkan majalah Media Hiburan edisi minggu ini di’pasaran sekarang.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top