Emma Maembong Bertudung, Zizan Tumpang Gembira


Pelakon dan pelawak Zizan Razak yang mempunyai hubungan rapat dengan pelakon cantik Emma Maembong mengakui bahawa dia berasa bangga dengan Emma kerana sudah berhijrah untuk terus bertudung.

Bagaimanapun, Zizan memberitahu yang tidak tidak pernah menyuruh Emma bertudung dan kehendak itu datang daripada dalam diri Emma sendiri.
“Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung.

Emma Maembong Bertudung Zizan

“Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita” jelas Zizan.

Menurut Zizan, sebelum ini Emma sudah lama memberitahu niatnya untuk bertudung dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk berubah. Tambah Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment lagi, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab.
“Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!.

“Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak,” katanya.

P/S: MEMANG SESUAI SANGAT MEREKA NI. KALAU ADA JODOH PUN OK JUGAK. HEHE!

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

4 comments:

eryna soffeya said...

itu mesti disengajakan sebab nk pikat zizan..kn zizan minat kt pompuan yg bertudung..nk muntah aq..ceh..nk bertudung konon..mengada-ngada..

nurul nadhirah said...

comel kakemma pakai tudung,handsomeabang zizan bila buat rambut macam tu

Ratna Ali said...

smg dia ikhlas bertudung krn Allah.. nak bertudung ke tanak bertudung ke, yg xboleh disangkal ialah menutup aurat itu wajib..mengingkarinya adalah dosa..pd mlm isra' mikraj, rasulullah saw menyaksikan azab yg ditanggung oleh ppuan yg membuka rambut kpd lelaki yg bukan suaminya, mereka itu tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih, na'uzubillah..

Haziqah Shamshuazar said...

Doakan Moga Terbuka hati utk Btudung ~Amin~

Scroll to top