Kes Bunuh Diri Terbaru di Times Square


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas terjun daripada tingkat sembilan sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, kira-kira 7 petang ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan disahkan maut ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

bunuh-diri-times-square

Kejadian yang sama pernah berlaku melibatkan seorang wanita pada 14 Februari lalu.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top