Cristiano Ronaldo Pilihan Utama Anugerah Ballon D'Or 2013


Bintang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo menjadi Pilihan Utama untuk merangkul Anugerah Ballon D'Or 2013 yang akan berlangsung hari ini.

Paris: Selepas beberapa tahun dibayangi Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dijangka menjadi pilihan memenangi anugerah Ballon d’Or 2013 yang berlangsung di Zurich hari ini, sekali gus akan mengetepikan pemain Argentina itu dan seorang lagi calon Franck Ribery.

Jurulatih kebangsaan dan kapten serta wartawan dari seluruh dunia diberi peluang mengundi untuk menentukan pemenang dengan 23 pemain disenarai pendek sebelum ia dikurangkan kepada tiga calon bulan lalu.

Messi adalah pencabar untuk memenangi trofi itu untuk tahun kelima berturut-turut, tetapi sedikit yang berbicara mengenai peluang bintang Barcelona itu kali ini, dengan Ribery yang beraksi bersama Bayern Munich berharap musim luar biasa di peringkat kelab memberikannya kelebihan menewaskan ledakan berbisa yang diperagakan Ronaldo.
Ballon D'Or 2013 dicemari kontroversi

Bagaimanapun, anugerah 2013 dicemari dengan kontroversi, selepas tarikh akhir pengundian yang ditetapkan pada 15 November dilanjutkan oleh FIFA dan penganjur bersama majalah Bola Sepak Perancis dengan alasan "undi yang diterima tidak mencukupi".

Ronaldo Ballon D'Or 2013

Sebelum itu, Ribery menjadi pilihan ramai, tetapi tarikh pengundian yang dilanjutkan itu dibuat sejurus selepas Ronaldo melakar hatrik membantu Portugal menewaskan Sweden dalam perlawanan play-off untuk layak ke Piala Dunia.

Sekiranya jangkaan itu tepat, ini bermakna penyerang berusia 28 tahun itu akan memenangi anugerah itu buat kali kedua selepas dinobatkan kali pertama pada 2008.
“Saya lebih suka tidak berkata apa-apa kerana perkara itu bukan bergantung semata-mata kepada saya. Saya tidak taksub dengan Ballon d' Or. Kita akan lihat apa yang berlaku," katanya kepada radio Sepanyol pada November lalu.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top