Heliza Helmi Nafi Dilamar Hafiz Hamidun


Terkejut juga saat kami terbaca tajuk artikel dari sebuah akhbar tempatan. Apa tidaknya, tiba-tiba saja Heliza Helmi dikaitkan dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.

Menerusi laporan Kosmo!, isu ini berpunca apabila Hafiz Hamidun telah mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa dia akan berkahwin dengan seorang penyanyi yang juga seorang penceramah bebas dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Heliza yang ditemubual telah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak menerima sebarang lamaran termasuklah dari Hafiz sendiri.

Hafiz Hamidun
“Sehingga kini saya masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Itu yang membuatkan saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba-tiba dikaitkan pula.”

Tidak memilih untuk berahsia bila tiba masanya, Heliza menjelaskan bahawa dia akan menghebahkan berita perkahwinannya nanti supaya tidak menimbulkan fitnah.
“Kalau mengikut hukum agama, perkahwinan itu haruslah dihebahkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya akan bersikap terbuka mengenainya tetapi ia akan dihebahkan sekiranya saya memang sudah sah akan berkahwin.”

Apa pun, jika sudah sampai jodohnya, takkan lari kemana pun. Betul tak?

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top