Puteri Sarah Liyana - Calon Isteri Pilihan Syamsul Yusof


Heboh khabar angin tersebar mengatakan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof telah merisik pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana untuk dijadikan isterinya.

Melalui gambar yang tersebar, kelihatan ibu dan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah Ismail bergambar bersama Puteri Sarah di atas pelamin.

Namun, masih tiada kenyataan dibuat oleh kedua-duanya.

Sebelum ini, Syamsul ada menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Manakala September lalu, menurut ibunya, Syamsul telah memaklumkan mengenai calon menantunya itu.

Syamsul Yusof

Melalui temu bual bersama Sinar Harian Online sekitar promosi Gangster Celop, Februari lalu, Syamsul enggan memberi komentar terhadap gosip yang mengaitkan dirinya dengan pelakon cantik itu.
“ Saya tak ada apa-apa komen. Saya dengan Puteri Sarah, kami profesional, kami ‘shoot’ sama. Saya sebenarnya dah tak nak komen lebih-lebih tentang kehidupan peribadi saya.

Tambahnya lagi,
“Saya lihat banyak lebih ke arah yang bila orang tahu banyak tentang saya, lebih banyak perkara yang negatif daripada positif. Jadi, apabila sampai masa saya akan beritahu. Saya akan kongsi,” katanya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top