Wawa Zainal Akan Kembali Aktif Berlakon Semula


Pasti ramai peminat yang rindukan kelibat Wawa Zainal di kaca televisyen termasuklah anda sendiri, betul tak?

Berita gembira baru-baru ini apabila artis cantik dan comel ini akan kembali berlakon secara aktif selepas setahun menyepikan diri daripada dunia seni.

Yang menariknya, kali ini Wawa Zainal akan bernaung di bawah pengurusan suaminya sendiri iaitu Aeril Zafrel.

Aeril berkata kepada mStar Online hari ini yang isterinya sudahpun menerima beberapa tawaran berlakon dan semua projek yang ada merupakan di bawah pengurusan syarikat miliknya sendiri.
“Sebelum ini Wawa mengambil pendekatan untuk memberi sepenuh tumpuan pada anak kami — untuk tahun 2014 ini, Wawa akan kembali dengan beberapa projek dan semua itu adalah di bawah pengurusan pihak saya,” ujar Aeril Zafrel.

Aeril Zafrel yang masih berada di Eropah bersama isterinya itu juga berkata yang dirinya sibuk di set penggambaran filem selain ada dua penggambaran drama bersiri yang akan berlangsung.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top