Ainan Tasneem Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri! Kereta Terhumban Dalam Parit



Penyanyi remaja Ainan Tasneem telah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Sungai Batu Pahat, sekitar jam 9.30 malam tadi dan mengalami cedera ringan. Kami difahamkan, kereta yang dinaiki penyanyi dan beberapa rakannya itu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

Kesemua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk mendapatkan rawatan.

Berikut adalah komen Ainan melalui satu gambar di Instagram:


For those who keep asking me about the accident that involved me with my 4 other dear friends which was happened at 9.30 pm yesterday, so basically this is the image of it. I took it from the google image. Sebab dah keluar dekat Berita Harian and NST online punya news.
Alhamdulillah tiada siapa yg cedera parah. Cuma cedera ringan, luka2 sikit dan sakit2 badan kerana impact yg terlalu kuat.

Accident berlaku ketika dalam perjalanan drpd sg chuchuh ke wg ulu melalui jalan sg batu pahat. Jalan tu terlalu gelap, tiada lampu jalan, dan sangat lah licin. so org perlis please please please make sure bawak seslow yg mungkin dekat kawasan tu. Bahaya, jalan sgt licin dan bengkang bengkok. Senang je nak terbabas kalau terbawak laju sikit dan itulah yg terjadi kpd kami.
Kwn baik sy which is the one yg drive mngalami sedikit trauma, dua kawan yg lain luka2 di muka dan tangan, dan sy dan seorang kwn lagi cuma mengalami lebam2 dan sakit2 badan yg teramat. Jgn risau tiada siapa yg cedera parah.

Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Jujur, sy terharu dan hargai sgt. Cuma berikan sedikit masa kpd sy utk berehat sbelum mengasak sy dgn pelbagai soalan2 utk ditemuramah. Harap anda semua faham ya.
Terima kasih di atas doa anda semua.

p/s: rasanya ni kali kedua Ainan Tasneem terlibat dalam kemalangan di jalan raya. Dua-dua pun boleh tahan dahsyat juga sebab dua-dua kereta terperosok dalam longkang tepi jalan....

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top