Apa Yang Diinginkan Oleh Si Kaya Dan Si Miskin





Nabi Musa a.s. memiliki umat yg jumlahnya sangat banyak & umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yg kaya & juga ada yg miskin.

Suatu hari ada seorang yg miskin datang menghadap Nabi Musa a.s Ia begitu miskin sehingga pakaiannya compang-camping & sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s:

"Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah swt permohonanku ini agar Allah swt menjadikan aku orang yang kaya."

Nabi Musa a.s. tersenyum & berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah swt"

Si miskin itu agak terkejut & kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang sekali & pakaian yg aku gunakan ini pun hanya satu lembar ini sahaja!" lalu si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yg diinginkannya.



Beberapa waktu kemudian, seorang kaya pula datang menghadap Nabi Musa a.s. Orang tersebut bersih badannya juga rapi dan segak pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s:

"Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah swt permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, kadang-kadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu."

Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah swt".

"Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah swt? Allah swt telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat, telinga yang dengannya aku dapat mendengar, Allah swt telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu.

Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah swt tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah swt mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mahu bersyukur kepada Allah swt

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top