Apakah Hukum Melukis Inai Ditangan ?


 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yg bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan & kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan & kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan & buku lali sahaja, manakala warna yg digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu & mengandungi sebarang unsur yg meragukan. Mengenai corak atau ukiran yg digunakan pula, corak atau ukiran daun & tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yg bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan & kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan & juga untuk tujuan perubatan.
 
 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top