Bahaya Foto Wanita Boleh Dibogelkan



Salah satu entri di sebuah blog yg mengatakan wujud aplikasi yg dikenali editor x-ray yg kononnya boleh membogelkan orang dalam gambar

Dalam erti kata lain, jika seseorang bergambar dengan memakai pakaian lengkap, menggunakan aplikasi itu, maka gambar dirinya boleh dijadikan tanpa memakai sebarang pakaian pula.

Ia kononnya lebih berkesan jika dilakukan ke atas orang yg memakai baju berwarna cerah atau putih.

Lihat gambar di atas sebagai contoh akan apa yg dimaksudkan.

Namun, harus diingati bahawa gambar itu walaupun memperlihatkan gambar seorang wanita bertudung berjaya dibogelkan, ia sebenarnya belum tentu sahih lagi. Mungkin ia hasil teknik pertindihan pula.

Ini kerana, tidak tahu sama ada aplikasi itu benar-benar berfungsi seperti yg didakwa atau hanya satu jenaka.

Persoalan ini mengingatkan penulis kepada cermin mata x-ray yg kononnya membolehkan pemakainya melihat wanita dalam keadaan bogel yg popular tahun 1980-an dahulu.

Namun, cermin mata itu terbukti satu penipuan. Entah berapa ramai yg termakan penipuan seumpama itu & rugi duit beli cermin mata berkenaan.

Mungkin sejajar dengan perkembangan zaman, kini wujud pula dakwaan yg kononnya gambar boleh di x-ray sehingga orang dalam gambar berkenaan berada dalam keadaan bogel.

Meniliti beberapa klip & penerangan di internet, penulis mendapati memang ada aplikasi seperti yg dinyatakan, namun ia tidak berkemampuan untuk membogelkan gambar seseorang itu.

Ia lebih kepada menjadikan pakaian dalam seperti coli kelihatan lebih menyerlah daripada biasa.

Apalikasi itu juga tidak mampu tembus jika wanita memakai pakaian dalam. Jika tidak pakai…maka ia boleh menampakan susuk tubuh seseorang wanita di bahagian tertentu.

Tidaklah jelas 100 peratus, namun cukup untuk memalukan seseorang itu.

Apa pun, yg penulis turut tertarik dalam entri blog berkenaan ialah peringatan kepada wanita jangan semena-mena memuat naik gambar diri mereka di laman-laman sosial seperti Facebook.

Ada benarnya nasihat itu.

Kalau pun gambar anda tidak boleh dibogelkan sepenuhnya, namun ia masih mampu dimanipulasi & disalah gunakan ke satu tahap tertentu menggunakan aplikasi seperti editor x-ray.

Jadi berhati-hatilah sedikit dengan gambar yang ingin anda letakkan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top