Cara Nak Cepat Jodoh


Memang benar, jodoh pertemuan, ajal & maut di tangan Allah, tetapi berusahalah untuk mencari & menjejaki calon pasangan anda. Dato' Ustazah Nor Bahyah Mahmood berkongsi tip-tip untuk mempercepatkan jodoh :


1. Berdoa selepas solat lima waktu.
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat 5 waktu supaya diringankan jodoh. Katanya berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.

"Ketika sy di tingkatan satu, ibu saya sudah pun menyuruh saya berdoa supaya diringankan jodoh di samping berdoa untuk lulus dalam peperiksaan. Saya mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat & kelebihan terkandung di dalamnya", beliau berkongsi amalannya.

2.Berdoa pada waktu tengah malam.
Menurutnya Rasulullah SAW ada menyebut dalam satu hadith bahawa berdoa pada waktu tengah malam (qiamullail) yg mana Allah mustajabkan doa samada hajat di dunia mahupun akhirat. Di samping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yg kita hajati terutamanya dalam soal jodoh dimustajabkan.



3.Doa ibu bapa.
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak-anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutama anak-anak yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan yg tertentu.

4.Puasa pada hari jadi
Puasa ini dipanggil puasa hajat. Ujarnya pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudahkan & dikabulkan ALlah.

5. Solat sunat taubat.
Beliau menyarankan agar melakukan solat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa diringankan jodoh yg terhalang.

"Kita mahu Allah tunaikan hajat kita tetapi dengan Allah belum selesai & bersih. Jadi mintalah ampun terlebih dahulu sebelum berdoa memohon sesuatu hajat", katanya.

6.Pohon restu ibu bapa.
Tanyalah ibubapa terlebih dahulu apabila kita sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberi isyarat jodoh terbaik kepada kita seperti yg berlaku kepada ustazah Siti Nor Bahyah sendiri. Beliau mengaku menerima kiriman surat daripada beberapa lelaki termasuk suaminya sendiri, Ustaz Wan Akashah & semua surat tersebut ditunjukkan kepada ibunya sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Apabila ibu saya membaca surat yg dikirimkan oleh suami ketika itu, dia memberitahu saya bahawa ada getaran di dalam hatinya & membenarkan saya membalas surat tersebut", imbaunya.

Sebelum berkahwin, Ustaz Wan Akashah juga pernah mengitimkan surat kepada keluarganya di Malaysia untuk meyakinkan mereka bahawa beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami di samping tidak mengabaikan pelajarannya di Mesir. Ternyata surat yg dikirimkan itu berjaya menyakinkan keluarganya bahawa beliau mampu untuk berkahwin.

Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yg dibuat sedangkan dia sudah baik untuk kita, saran beliau supaya pujuk ibu bapa dengan baik, berdoalah supaya Allah melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya.

7. Amalkan doa-doa pilihan.
Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada Surah Yusuf, ayat 4 untuk memudahkan & mendapatkan jodoh yg baik. Ujarnya lagi, doa Nabi Musa dalam surah al-Qasas ayat 24 patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yg dirasakan amat mendesak. Jelas beliau lagi, doa ini menjadi amalannya hingga kini.

"Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat", katanya.

8.Solat hajat.
Jika semuanya sudah diamalkan maka langkah terakhir ialah melakukan solat hajat memohon agar dipermudahkan & dipertemukan dengan pasangan yg baik, dunia & akhiratnya.

Kita sebagai umat manusia hanya mampu merancang, berusaha & bertawakal tetapi Allah yg akan menentukan segalanya. Menurut beliau lagi, 'black magic' antara faktor yg menyebabkan jodoh terhalang. Oleh itu, saran beliau supaya membaca suarah Yunus ayat 81 untuk membatalkn sihir & ilmu hitam.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top