Datuk Khairy Jadi Komander?


Menteri Besar Negeri Sembilan yg juga penaung Jawatankuasa Pendukung AW (JPAW) Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan perkara itu berkata Khairy menggantikan Datuk Shahrom Mohammad yg dilantik sebagai penasihat JPAW.

"Khairy telah ditauliahkan oleh Yg di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas perkenan baginda. Pelantikan Khairy sebagai Komander Rejimen 508 AW yg baharu telah dipersetujui Majlis Angkatan Tentera Malaysia," kata Mohamad kepada pemberita selepas majlis perasmian pelancaran latihan AW 2014 di Seremban, Ahad.

Selain Khairy, hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mat Ali Hassan & Panglima 1 Briged Brig. Jen Datuk Adnan Abu Bakar.



Mohamad berkata pelantikan Khairy itu satu kebanggaan dan Rejimen 508 AW juga mengalu-alukannya.

"Saya yakin di bawah kepimpinan & kewibawaan Khairy, Rejimen 508 AW akan bertambah gah & maju & dapat menarik lebih ramai lagi anak muda menyertai Rejimen 508 AW.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bekas Komander Rejimen 508 AW Datuk Shahrom yg telah lama dengan kita. Di atas dedikasi beliau, Rejimen 508 AW telah dapat menunjukkan kewibawaan sebagai anggota rejimen sukarelawan yg dapat membantu Angkatan Tentera Malaysia, baik dalam apa jua keadaan," katanya.



Mohamad berharap Rejimen 508 AW di bawah kepimpinan Khairy akan dapat bergerak dengan lebih mantap lagi.

Mohamad juga mengalu-alukan penubuhan platun perkhidmatan awam supaya lebih ramai lagi anggota perkhidmatan awam di negeri ini menceburkan diri dalam Rejimen 508 AW.



Sementara itu, Khairy berkata pelbagai rancangan sedang diatur & berharap ia dapat dilaksanakan dengan sokongan & kerjasama semua pihak.

"Dalam masa sama, saya akan menggalakkan lebih ramai lagi anak muda menyertai Rejimen 508 AW," katanya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top