Dynas Mokhtar Hadapi Masalah Rumah Tangga



Sudah agak lama kita tidak dengar sebarang cerita dan perkembangan terkini mengenai Dynas Mokhtar.

Tahu tahu sahaja timbul pula khabar angin dikalangan para peminat mengatakan yang rumah tangga selebriti popular ini kini sedang dilanda masalah. Betulkah?

Bercakap kepada akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini, Dynas Mokhtar menafikan sebarang gosip yang mengatakan rumah tangga beliau goyah ketika ini dan mengakui banyak membaca gosip tentang mereka yang pastinya tidak benar.

“Alhamdulillah, kami masih baik, tak ada persengketaan seperti yang didakwa. Saya banyak baca gosip mengenai kami, jadi saya memang tidak ada benda untuk beritahu,” ujar Dynas Mokhtar.

Dynas Mokhtar dan suaminya Hafizy Hafiz bernikah pada 15 Mac 2008 lalu dan selepas tujuh tahun melayari alam rumah tangga, keluarga bahagia ini kini memiliki dua orang anak.


Minggu ni banyak betul cerita-cerita mengenai rumahtangga artis yang sedang bergolak. Apa komen anda sebagai pembaca mengenai perkara ini?


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top