Hanez Suraya Perjelas Status Bakal Suami



Hanez Suraya Perjelas Status Bakal Suami | Kami pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan kontroversi baru yang melanda Hanez Suraya ketika ini. Siapa antara anda yang sudah menduga jawapan tersebut keluar dari mulut Hanez Suraya, sila angkat tangan. Heh, cliché dan selebriti Malaysia berpisah tiada. Ini kenyataan terbaru pelakon ini kepada Harian Metro.
“Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang. Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam macam selepas saya dedahkan untuk berkahwin baru baru ini?” jelas Hanez Suraya yang juga menafikan lari dari media.

BACA: 'Biarkan mereka burukkansaya, yang penting saya tidak lakukannya' - Sharnaaz Ahmad

“Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang, kenapa keluarga lelaki memberi restu dan dia (R) sendiri yang melamar saya? Dakwaan saya menghasut lelaki itu untuk menceraikan isterinya tidak betul sama sekali,” tambahnya lagi.


Hanez Suraya juga berkata yang beliau akan mengadakan sebuah sidang media khas pada Khamis ini untuk menjelaskan perkara sebenar sekali gus mahu membersihkan namanya dari kontroversi ini. Bawa kekasih sekali boleh?

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top