Janda Jutawan Kelantan - Misha Omar




Penyanyi & pelakon, Misha Omar mengamuk di media selepas dituduh peminat pernah menjadi isteri ketiga kepada seorang jutawan berasal dari Kota Baharu, Kelantan pada Ahad lalu.

Kemarahan Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, diluahkan menerusi surat terbuka kepada media hari ini seterusnya menafikan kebenaran tuduhan yg dilemparkan seorang wanita di laman Facebook semalam.

“Apakah dosa saya apabila saya hendak mendirikan rumah tangga pada Mei ini, saya dihukum dengan fitnah sebegini?”

Terdahulu, seorang wanita yg dirahsiakan identiti telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya dengan mendakwa Misha pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di Kota Bharu, Kelantan.

Wanita itu membuat dakwaan tersebut berdasarkan sumber daripada keluarga jutawan berkenaan ketika bertugas di negeri itu tidak lama dahulu.

Ekoran itu, status terbabit menerima kecaman & kritikan peminat Misha. Wanita berkenaan terpaksa meminta maaf kepadanya atas salah faham yg ditmbulkannya. Dia memberi alasan Misha Omar yg dimaksudkan sumbernya bukan seorang penyanyi.

Sementara itu, Misha sempat menyindir wanita tersebut yg mungkin tersenyum bangga kerana status yg dimuatnaiknya menjadi bualan hangat di laman sosial.

“Saya berharap tercapailah keinginan puan untuk menjatuhkan maruah diri saya dan keluarga.”

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top