Juliana Evans Terlibat Kemalangan di Amerika Syarikat



Juliana Evans Terlibat Kemalangan di Amerika Syarikat - Kami rasakan minggu ini ada semacam perkara yang bersangkut paut berlaku terutamanya dalam dua topik utama berikut iaitu kisah artis bercerai, dan artis terlibat dalam kemalangan.


Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita Ainan Tasneem terlibat dalam kemalangan ngeri dan baru-baru ini seorang lagi selebriti terkenal Malaysia dilaporkan terlibat dalam kemalangan. Tetapi yang kes ini ianya tidak berlaku di Malaysia sebaliknya di Amerika Syarikat.

Pelakon terkenal yang juga bekas kekasih Zizan Razak telah terlibat kemalangan teruk di Michigan, Amerika Syarikat apabila kereta Elektra yang dipandunya dilanggar sebuah kereta dari belakang.

Akibat itu, bahagian belakang kereta Juliana Evans yang menggunakan BONCENG sebagai nombor plat kemek dan hancur termasuk lampu kanan belakang kereta.

Menurut info yang diberikan beberapa pengomen tegar fanpage Rotikaya, kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kecuaian seorang pemandu yang hilang kawalan kerana berada dalam keadaan mabuk.



Selain itu, keadaan licin dan berais di Michigan, Amerika Syarikat juga mungkin sedikit menyumbang kepada kemalangan tidak diduga itu.

Setakat ini, info tentang punca kemalangan terbabit masih belum dipastikan kesahihannya namun admin berharap pelakon cantik manis itu berada dalam keadaan baik dan tidak tertekan. Biasalah kan, kalau dah terlibat kemalangan, macam-macam benda yang difikirkan lebih-lebih jika bukan berlaku di negara sendiri.

Di bawah ini, admin sertakan sekeping gambar Juliana Evans kemalangan.




HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top