Justin Bieber Mengaku Seorang GAY?


Justin Bieber GAY

Penyanyi pop jutawan, Justin Bieber sebelum ini sering menjadi pujaan ramai terutamanya anak gadis diseluruh dunia. Memiliki rupa paras yang menjadi idaman, serta penerbitan lagu-lagu yang menarik perhatian melonjakkan nama penyanyi kelahiran Kanada ini dalam sekelip mata sahaja.

Walaubagaimanapun kini nama Justin Bieber mula diselubungi dengan berita-berita negatif dan buruk, dia kini sememangnya kerap dikaitkan dengan puluhan kisah yang negatif dan merosakkan namanya sejak akhir-akhir ini. Ramai yang mengatakan ianya disebabkan oleh kekecewaan selepas putus cinta dengan selebriti Hollywood, Selena Gomez.

Baru-baru ini, Justin Bieber kembali hangat diperkatakan apabila gambar miripnya ditemui sedang berciuman dengan seorang lelaki. Dalam masa yang sangat pantas, perkara negatif ini bertebaran di ruangan internet.

Malah, ramai di kalangan peminat mula mengecam tindakan bintang itu dan melabelkannya sebagai gay. Tetapi sehingga kini Bieber masih tidak memberikan sebarang respon terhadap isu terbaru tersebut.

Justin Bieber

Justin Bieber Homoseksual

 
"Dia bukan gay. Dia seorang lelaki sejati,” kata seorang peminatnya. Namun, ada juga yang mengejek pelantun lagu Never Saya Never ini.

"Dia memang gay. Lihat sahaja nanti,” katanya.

Namun sebenarnya, foto-foto itu bukanlah milik Justin Bieber apabila terbukti lelaki yang terdapat dalam gambar itu adalah Rob Miller, yang mengakui itu adalah dirinya dan foto itu dimuat naik pada Ogos tahun lalu.

Mungkinkah Rob cuba untuk cover Justin Bieber daripada kontroversi ini? Heh

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top