Kebaikan Berwuduk Sebelum Tidur


Manfaat wuduk sebelum tidur

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika dia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci '". (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra)

Manfaat Wuduk Sebelum Tidur

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yg kaku akibat keletihan selepas melakukan aktiviti. Berwuduk juga membuatkan fikiran seseorang itu terasa rileks. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana dengan wuduk ini dapat menghilangkan kesan kotor dalam kulit. Kotoran-kotoran yg melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang & tentunya wajah kita menjadi cerah & bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Padahal malaikat adalah makhluk yg sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan senantiasa dikabulkan pula oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwuduk.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top