Kekalahan Di Maharajalawak Mega Buat Nabil Kecewa





Beliau mengakui tidak akan memasuki mana-mana pertandingan lawak selepas ini melainkan program tersebut memerlukan pelawak-pelawak bersaing secara solo.
 
Katanya, keputusan itu diambil bukan kerana merajuk atau dicemuh peminat tempoh hari susulan tindakannya membuat lawak mengenai Luna Maya.

"Seperti saya cakap sebelum ini, saya tidak akan masuk pertandingan lagi melainkan program itu memerlukan semua bertanding secara solo, kalau tak, saya tak akan sertai lagi.

"Lagipun sebelum ini saya pernah masuk secara berkumpulan dengan Boboi & dapat nombor tiga, kali ini secara solo," katanya.

Nabil berkata, sejak akhir ini penilaian orang pada dirinya tidak adil kerana dia dibandingkan dengan kumpulan yg mempunyai dua atau tiga ahli.

"Bagi saya penilaian orang lain pada saya agak tidak adil kerana saya satu kepala lawan tiga kepala & bila saya buat lawak mereka rasa tak kelakar.

"Jadi selepas ini bila ada pertandingan solo, barulah orang boleh menilai secara individu, siapa yg lebih hebat," katanya.

Mengulas mengenai persembahannya yg sedikit hambar pada malam itu, Nabil berkata, dia sudah cuba membuat yg terbaik dalam tempoh yg agak terhad.

"Sebaik pulang ke Kuala Lumpur, saya telah lakukan sesi latihan berulang kali & saya memang cuba buat yg terbaik.

"Saya menangis bukan kerana sedih, tetapi apa yg saya rasa atas pentas, saya harap penonton juga dapat rasa," katanya yg mengakui sudah memohon maaf kepada Luna Maya secara peribadi di belakang pentas sebelum pertandingan akhir tersebut.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top