Kesian Rebecca Apabila Perbuatannya Dikatakan Untuk Menunjuk





 Pelakon Rabecca Nur Al-Islam menyakal dakwaan sesetengah pihak yg mengatakan dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk ekoran baru-baru ini dia ada memuat naik video-video dia sedang mengaji di Mekah.

Sebaliknya jelas pelakon ‘Deejavu di Kinabalu’ ini, tujuan dia memuatkan video-video tersebut kerana begitu teruja apabila dapat melakukannya di Mekah, di mana tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.

“Sedikit pun saya tidak mempunyai niat mahu menunjuk-nunjuk. Perasaan saya teruja apabila dapat mengaji di Mekah di mana selama ini rutin itu hanya dilakukan di rumah.

“Rasa teruja itu sama seperti kita bercuti di negara orang, itu sahaja. Bagaimanapun saya langsung tidak kisah dengan kritikan itu kerana sudah lali dengan cemuhan orang,” ujarnya seperti yg dilaporkan mStar online.

Laporan juga menyebut, sepanjang berada di Mekah, Rebbeca cukup selesa dengan pemakaian hijabnya sehinggalah ketika pulang ke tanah air, dia nekad mahu kekal dengan imej tersebut.

“Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab & ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.

“Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah,” katanya yg menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada 31 Januari lalu bersama suami serta 38 ahli keluarganya yg lain.

Tambah Rabecca, dia kini berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top