Khas Untuk Wanita Sahaja Yang Bersolat



Satu artikel khusus dikongsikan untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Ilmu yg terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab-adab solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam-macam gaya orang dirikan solat, baru kini timbul kesedaran untuk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yang tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Yang Esa.

Dua perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita.
Kenangkan kembali dosa-dosa kita, betapa kerdil & hinanya kita, seolah-olah tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri & menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yang begitu menyayangi hamba-hambanya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top